Time may heal all wounds, but there will always be scars...

(^_^) V

Tuesday, May 3

.:: Chicken Musheey Pizza ::.


Jom buat pizza plak!!


:: Chicken Musheey Pizza ::



Resepi ni boleh buat

6 biji pizza [small size]
@
3 biji pizza [medium size]
@
2 biji pizza [large size]




: doh pizza :


3 cawan tepung gandum

1 cawan air

1 sudu makan planta

1 bungkus yis segera [ak guna mauripan]

Secubit garam



: sos pizza :


1 tin prego [traditional]

1 bungkus Ayamas Minced Chicken

2 biji bawang besar [dipotong dadu]

1 sudu minyak masak [untuk menumis]

5 biji cili padi [ditumbuk] [if yg mkn pedas…if x, sila abaikn J]




: topping :

Cendawan butang [dipotong mengikut kreativiti]

Nenas [dipotong mengikut kreativiti]

Cheese





: penyediaan doh pizza :


Masukkan semua bahan diatas ke dalam mangkuk. 

Mangkuk biar besar ckit sbb adunan akan mengembang.

Uli adunan sehingga sebati.




Nota : Adunan doh sempurna jika tiada tepung melekat pada jari.
Jika melekat : sila tmbah tepung SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
Jika terlalu keras : sila tambah air SEDIKIT DEMI SEDIKIT.

Tutup mangkuk menggunakan kain lembab yang bersih bagi mengelakkan adunan doh kering.
Biarkan adunan mengembang selama 1 jam.



 - gmbr atas ni adunan doh dh mengembang -





Sementara menunggu adunan doh pizza mengembang, mari kita sediakan sos pizza.





: Penyediaan Sos Pizza :


¼ bawang besar ditumis dengan minyak

Bila dh naik bau, masukkan cili api. Goreng biar garing skit.

Then masukkan Ayamas Minced Chicken. Sampai ½ masak, masukkan Prego dan ¾ bawang besar. 

Masak sampai agak kering sedikit.

Sejukkan.





: langkah terakhir :



Panaskan oven pada suhu 220  ̊C selama 5 minit.


Bahagikan doh pizza yg telah kembang kepada 6 bahagian.

Sapukan dulang pembakar dengan sedikit mentega untuk mengelakkan pizza melekat.

Ratakan doh diatas dulang pembakar.

Penuhkan atas pizza dengan sos yg telah disiapkan tadi.

Taburkan sedikit cheese.

Susun bahan2 topping [nenas, cendawan] mengikut kreativiti.

Akhir sekali, taburkan cheese sekali lagi.




Masukkan di dalam oven. Bakar pizza pada suhu 220  ̊C selama 13 minit.


Tada……


Hasilnya.....




boleh tarik-tariikkkkkkkkkk.........


selamat mencuba ya...




p/s : spe kte buat pizza ni susah? 


2 comments:

  1. yeayyyyy... x yah susah2 nk p pizza hut dh.... nnt adk update resepi2 lain k.. :)

    ReplyDelete