Time may heal all wounds, but there will always be scars...

(^_^) V

Saturday, May 14

.:: Red Velvet Cake ::.

Hello semua... 

Nk share resepi lagi....Red Velvet Cake



Saranan ak, klo nk mam kek ni, bek buat snirik...

sbb kek ni biasanya ada kat kdai2 kek bila hr2 special...hari kekasih slalunya.... 

harganya x yah sembang la... 

RM90++! ad yg RM100++.... ha...camno tu? 

klo buat sndiri, kandungn gula kita leh control..  
 

Meh kita sme2 cuba buat RVC ni..

 Nota : Resepi ni sy oleh sikit...sikit je..x bnyk....
 
Bahan-bahan ( 1 biji ) 
 (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 sudu besar pewarna merah
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda 


  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon

  • Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup


Cara-cara
BUTTERMILK 
  • campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. 
  • Kacau rata sebelum guna. 
  • Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.  


KEK 
  • sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. 
  • Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius. 
  • Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. 
  • Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul. 
  • Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. 
  • Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. 
  • Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul. 
  • Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. 
  • Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal. 
  • Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar. 
  • Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven. 


  • Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting. 



CREAM CHEESE FROSTING 
  • Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila. 
  • Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah.

  •  Kemudian sapu 1 lapisan frosting yg nipis di seluruh kek. 







  • Masukkan kek ke dalam peti sejuk selama 10 minit. kemudian sapukan kesemua baki frosting yang tinggal ke keseluruhan kek.


Nota : frosting perlu dipukul hingga kembang dahulu sebelum disapukan ke keseluruhan kek. 


  • Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan. 



 Nota dr Ladyevanatasha :
kalo tgk pic ats skali tu, yg tu ak buat..dibantu abg kesayang ak... 

kmi letakkn parutan coklat atas dan tepi kek + ceri merah... 


Mudah je kan?

Jom la cuba

0 komen:

Post a Comment