Time may heal all wounds, but there will always be scars...

(^_^) V

Wednesday, May 4

.:: Chicken Lasagna ::.


Jom masak Chicken Lasagna!!!







:: Penyediaan Sos Lasagna ::

450g Ayamas Premium Chicken Frankfurter - Italian
450g Ayamas Minced Meat
½ cawan bawang besar [dipotong dadu]
2 ulas bawang putih [dicincang halus]
1 sudu minyak masak





Tumis bawang besar & bawang putih dengan minyak.
Masukkan Ayamas Premium Chicken Frankfurter - Italian & Minced Meat
masak smpai keperang2an.
[lebih kurang 9 minit dengan api sederhana]





Masukkan

1 tin tomato hancur 

3 tin prego [traditional]
½ cawan air

Didihkan campuran tersebut.





Masukkan

1 sudu teh gula putih
2 sudu teh daun basil yang telah dicincang
2 sudu teh daun parsli yang telah dicincang
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada hitam

Kacau  hingga sebati.





Tutup periuk dan biarkan diatas api sederhana selama 1 jam. [ulng kacau ye..kalo x nnt hangus plk]




Rendam lasagna [kuantiti kepingan lasagna mengikut kesesuaian bekas pembakar]
Rendam lasagna di dalam air panas selama 15 minit.





Nota cinta : rendaman kepingan lasagna bergantung kepada jenama lasagna, Sila baca arahan yang tertera pada kotak lasagna yang dibeli terlebih dahulu.





Sementara tunggu lasagna mengembang, sediakan sos Ricotta dahulu.





:: Penyediaan sos Ricotta ::
Masukkan bahan2 dibawah kedalam mangkuk



650g Ricotta Cheese
½ sudu teh serbuk buah pala
1 biji telur
2 sudu makan daun parsli yang telah dicincang halus






Gaulkan kesemua bahan diatas hingga sebati.




:: Penyusunan Lasagna ::
Gunakan dulang pembakar 9 x 3 inci




Tuang dan ratakan 2 cawan sos lasagna pada permukaan dulang pembakar.



Toskan kepingan lasagna yang telah direndam sebentar tadi.
Susun kepingan lasagna di atas sos yg dituang tadi.
Susun sehingga menutup 100% permukaan sos tadi.





Sapu1/2  sos Ricotta di atas permukaan kepingan lasagna.



Taburkan Mozzarella & Parmesan diatas permukaan sos Ricotta.




Ulang langkah diatas sekali lagi.





Akhir sekali
Tuangkan baki sos lasagna diatas permukaan Mozzarella & Parmesan
Taburkan cheese yang berlebihan diatas permukaan sos lasagna tadi
Rujuk gmbar di bawah :






Panaskan oven pada suhu 170  ̊C selama 5 minit

Tutup dulang pembakar dengan aluminium foil



Bakar lasagna di dalam oven pada suhu 170  ̊C selama 25 minit
Buka aluminium foil dan bakar sekali lagi pada suhu 170  ̊C selama 25 minit







Dah siap, keluarkan, biar lasagna sejuk pada suhu bilik selama 15 minit




Dah boleh makan… 





Selamat mencuba....






Nota : pic penyediaan semua ambl dr atok google... ak x sempat nk snap..hehee..

6 comments:

  1. ni suma resepi.....ketika saya berada di overseas........kempunan...

    ReplyDelete
  2. huhuk2... blk cuti lma2 sket ya.... :)

    ReplyDelete
  3. apesal ko rajin sgt neh ezann??anta sini skett...pos laju.

    ReplyDelete
  4. memenuhi masa dgn memasak di hujung minggu... ngeh2...

    pos laju? satgi abg posmen tu yg mkn dlu.. :P

    ReplyDelete
  5. sedapnya zan~~! sumpah nak try!!! hehehe!thanks 4 ur kindness..balik ni nak try buat ice cream n lasagna resipio hang!!! heheehee

    ReplyDelete
  6. selamat mencuba ye atin... :))

    ReplyDelete