Time may heal all wounds, but there will always be scars...

(^_^) V

Saturday, June 18

.:: Siti Aminah budak German yg super CUTE ::.

A-pallo-ca cik gojez & en.kacak….

 


Korang mesti penah dgr cite sal budak German comel nmanya Siti Aminah… penah kan?

Comel kan dak ni..





Kecomelan Siti Aminah bertambah2 comel sbb :



 pandai cakap Malay [slanga PENANG ok.. + GERMAN] 

sngt2 pandai melukis…ikut abah dia… 
 
mmg superb dia nyanyi lagu Sughighammm [Suriram] 
 
 pandai buat mimik muka… 
 
  n of coz baby girl yg sngt2 COMEL!!




Meh layan video yg LEPAT upload..



.:: Siti Aminah suka duduk Malaysia ::.





.:: Oh she’s adorable superb cute baby girl!! ::.





.:: She’s got her abah talent ::.





.:: Jamming with abah aka LEPAT ::.



Cute kannnn……




eva ad buat sket rev…. nak tau gak asal usul Siti Aminah ni….



Kalo x silap, dalam tahun 1996, ade kes ibu warga German bwk lari anak lelaki [Sunni] hasil perkahwinan dgn abah warga Malaysia ke GERMAN…

Then berlakulah kekecohan hak penjagaan terhadap anak tersebut….

Masing2 ada pendapat kenapa diorang sepatutnya dapat hak jagaan Sunni…
Akhirnya si ibu telah memenangi kes tersebut..

Sunni


 sebijik muka LEPAT!




Kes ni la yang berlaku kat LEPAT aka abah Siti Aminah….
Katanya LEPAT ni kartunis Ujang…


Yg sebenarnya, LEPAT hanya seorang pelukis potret.




Mcm2 crita kluar sal LEPAT ni…. 



Ada yg kata dia anak AYAH PIN… 



ada yg kata LEPAT ikut ajaran sesat, n sbb tu 1st wife dia bwk lari Sunni balik German…




Then LEPAT kawin lagi…dgn org German gak… namanya Nor Azlina Ceasar Abdullah....

baru la dapat Siti Aminah yg comel ni….









Ni ade petikan drpd surat khabar tentang kisah LEPAT.



Tiga belas tahun anak dilarikan bekas isteri
KUALA LUMPUR: Pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat yang mengalami tekanan perasaan sejak 13 tahun lalu selepas anaknya, Sunni Sazali, dilarikan bekas isterinya, mahu menyaman Mahkamah Syariah negara ini. Lepat, 42, mengakui kejadian masih menghantui dirinya hinggakan beliau mengalami gangguan emosi dan tekanan hidup kronik kerana berjauhan dengan anaknya yang ketika itu berusia dua tahun. Dia kecewa dan mendakwa Mahkamah Syariah Pulau Pinang tidak membantu memastikan kes hak penjagaan Sunni mencapai keputusan sama ada memihak kepadanya atau bekas isterinya, warga Britain, Aishah Jane Brummit.

“Selepas berfikir sekian lama, saya rasa keadilan perlu dituntut kerana ia berpunca daripada kelemahan pihak terbabit (Mahkamah Syariah) hingga menyebabkan saya kehilangan Sunni.


“Bila terkenangkan nasib Sunni, terutama soal iman dan risaukan kalimah syahadah Sunni, saya menjadi runsing dan bimbang,” dakwanya ketika dihubungi di Bremen, Jerman di sini, semalam.


Tiga belas tahun lalu, negara dikejutkan berita mengenai Aishah melarikan anaknya hasil perkongsian hidup dengan Lepat selepas pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pi-nang, Othman Ibrahim.

Pada 1 April 1997, mahkamah berkenaan mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown.

Bagaimanapun, Aishah mengambil kesempatan daripada perintah itu dengan merancang melarikan Sunni ke luar negara menerusi sempadan di Bukit Kayu Hitam.


Malah, insiden itu bukan yang pertama, sebaliknya setahun sebelum itu, Aishah pernah melarikan Sunni ke negara asalnya sebelum Lepat berusaha ‘merampas’ anak sulungnya itu ketika sedang tidur di kediaman keluarga mentuanya di Devon, England.


Kini, pasangan yang sudah berpisah itu membawa haluan masing-masing dengan Aishah, 38, menetap bersama Sunni, 15, di Devon, manakala Lepat yang berkahwin kali kedua dengan rakyat Jerman, kini tinggal bersama isteri yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen, Nor Azlina Caesar Abdullah, 26, dan anak perempuan mereka, Siti Aminah yang berusia tiga tahun di negara berkenaan.


Lepat yang berasal dari Bagan Lebai Tahir, Butterworth, mendakwa kelemahan sistem kehakiman mahkamah berkenaan, di tambah persepsi negatif terhadap dirinya menyebabkan beliau terpaksa menanggung rindu berpisah dengan Sunni.


Menyingkap kejadian pada 5 Julai 1997, Lepat yang menjalani pembedahan pankreas tahun lalu dan menghidap penyakit buah pinggang, berkata tindakannya ‘mengintai’ Sunni dan Aishah dari bangunan bersebelahan balai polis menimbulkan rasa tidak puas hati bekas isterinya, menyebabkan mahkamah mengarahkan beliau tidak mengulangi perbuatan itu.


“Arahan itu juga menyebabkan Sunni berjaya dibawa ke luar negara kerana tidak ada pihak yang mengawasi pergerakan Aishah. Ketika itu, saya ke kedai makanan segera membeli kentang goreng untuk Sunni dan apabila tiba di pekarangan balai polis, kelibat kedua-duanya sudah tidak kelihatan,” dakwanya.


INFO

Rentetan peristiwa
Februari 1996 – Aishah larikan Sunni ke England kali pertama sebelum
Lepat merampasnya dan membawa pulang ke Malaysia.

5 Julai 1997 – Sunni dilarikan Aishah buat kali kedua dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam.


Ogos 1997 - Aishah mendapat hak penjagaan terhadap Sunni daripada mahkamah di London.






Nota cik eva : to Encik LEPAT, tringin nak tgk Siti Aminah sambut raya kat Penang…..





3 comments:

  1. i adored lepat. he is definitely one strong man!

    ReplyDelete
  2. Ayah Lepat mmg org panggil Ayan Pin . Tapi bukan Ayah Pin dri Terengganu yg menubuhkan kerajaan Langit yg sesat itu. Ayah Lepat berasal dari Pulau Pinang dan nama sebenarnya ialah Ariffin Bin Ali. Orang kampung sana panggil dia Ayah Pin la. Nama serupa tapi orangnya tidak sama..

    ReplyDelete
  3. isteri first dia britain kan?

    ReplyDelete