Time may heal all wounds, but there will always be scars...

(^_^) V

Thursday, March 10

.:: CiUmaN ::.


Dear sahabat....




hr ni kta cita sal Ciuman eyh... yup! CIUMAN! 




hehe.. bukan Ciuman tu ok!! 
ciuman ni nme saintifiknya KISSES.. 
ala...coklat KISSES tu la... hehehe...
ni mesti dok ingt ak nk story sal ciuman2 kn... lalalala~



Hr ni ak nk share resepi sket....resepi berasaskn Coklat KISSES!
Tipu la klo korang x tau coklat ni.... 
kalo pg Langkawi, ak rse antra stok coklat yg korang angkut msuk dlm bakul HIG@IDAMAN SURI mesti ad KISSES plg kurang sbungkus kn?? 
 
Haaa... tul kn? 
Ak rase lebih kot......



KISSES ni ad bnyk jenis... 
Tapi yg slalu jual ‘Almond’, ‘Dark Chocolate’, ‘Milk Chocolate’ dan ‘Caramel’.

Kalo tnye uncle Goggle, nah haiihhh!! Mcm2 jenis ada.....



.: Sesi Berkenalan dgn cik KISSES :.

.: MALAYSIA :.

: Cik Almond :


: Cik Caramel :


 : Cik Hugs :


 : Cik Meltaway Center :


 : Cik Milk Chocolate :

 
 : Cik Dark Chocolate :





.: JAUH SKET DR MALAYSIA :.


 
: Cik Chocolate Marshmallow :


: Cik Cherry Cordial :




: Cik Pumpkin Spice :



: Cik Raspberry White Cream :



 : Cik Neapolitan :



Haaa.... sedapkn semuanya.... nyum2...




Ok2. Msuk ke RESEPI plk...
Resepi dirujuk dr laman rasmi KISSES.



:: Macaroon KISSES ::


Bahan-bahan :
1/3 cawan mentega [dibiarkan pada suhu bilik]
1 peket (3 oz.) krim keju [dibiarkan pada suhu bilik]
3/4 cawan gula
1 kuning telur
2 sudu teh ekstrak badam
2 sudu teh jus oren
1 + 1/4 cawan tepung serbaguna
2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
5 cawan parutan kelapa
48 biji HERSHEY’S KISSES



Cara penyediaan :
-          Campur mentega, krim keju dan gula, adun hingga sebati
-          Tambah kuning telur, ekstrak badam dan jus oren, campur hingga adunan sebati.
-          Gaul sebati serbuk penaik, tepung dan garam. Masukkan perlahan2 kedalam adunan mentega. Kacau hingga sebati.
-          Kemudian, masukkan 2 cawan kelapa parut, kacau sebati.
-          Tutup mangkuk adunan dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
[Peringatan : Jangan letakkan adunan pada bahagian Sejuk Beku]
-          Sementara menunggu adunan sejuk, buka pembalut coklat.
-          Panaskan oven pada suhu 350F.
-          Keluarkan doh dari dalam peti sejuk, bulat2kan doh lebih kurang 1 inci.
-          Salut doh dengan baki parutan kelapa.
-          Letakkan doh diatas ‘ungreased cookie sheet’.
-          Bakar 10 hingga 12 minit  atau sehingga biskut menjadi keperang2an.
-          Keluarkan dari oven.
-          Letakkan coklat pada setiap bahagian tengah biskut.
[Peringatan : Coklat perlu diletakkan sepantas yang mungkin bagi mengelakkan biskut sejuk]
-          Sejukkan 1 minit.
-          Ubah biskut dari ‘cookie sheet’, sejukkan sepenuhnya di atas ‘wire rack’.
-          Simpan di dalam bekas kedap udara.
-          Siap!







:: Biskut Coklat KISSES ::


Bahan-bahan
1/2 cawan mentega [dibiarkan pada suhu bilik]
1 cawan gula
1 biji telur
1 + 1/2 sudu teh ekstrak vanilla
1 + 1/2 cawan tepung serbaguna
1/3 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan susu
36 biji HERSHEY’S KISSES
1 tin (16 oz.) frosting vanilla



Cara penyediaan :
-          Pukul mentega, gula, telur dan ekstrak vanilla hingga sebati.
-          Tambah tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan garam. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Kacau adunan hingga sebati.
-          Tutup mangkuk adunan dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
[Peringatan : Jangan letakkan adunan pada bahagian Sejuk Beku]
-          Sementara menunggu adunan sejuk, buka pembalut coklat.
-          Panaskan oven pada suhu 375F.
-          Keluarkan doh dari dalam peti sejuk, bulat2kan doh lebih kurang 1 inci.
-          Letakkan doh diatas ‘ungreased cookie sheet’.
-          Bakar selama 8 hingga 10 minit  atau sehingga biskut menjadi keperang2an.
-          Keluarkan biskut dari oven dan sejukkan sepenuhnya di atas ‘wire rack’.
-          Letakkan fosting vanilla diatas biskut yang telah disejukkan.
-          Letakkan coklat KISSES di tengah2 frosting.
-          Siap!








:: Biskut Mentega Kacang KISSES ::


Bahan-bahan :
48 biji HERSHEY’S KISSES
1 tin (14 oz.) susu pekat
3/4 cawan mentega kacang
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh ekstrak vanilla
1/4 cawan gula



Cara Penyediaan :
-          Panaskan oven 375F.
-          Buka pembalut coklat
-          Pukul susu pekat dan mentega kacang hingga lembut.
-          Tambah tepung serbaguna dan ekstrak vanilla. Adun hingga sebati.
-          Keluarkan doh dari dalam peti sejuk, bulat2kan doh lebih kurang 1 inci.
-          Letakkan doh diatas ‘ungreased cookie sheet’.
-          Bakar 6 hingga 8 minit  atau sehingga biskut menjadi keperang2an.
-          Keluarkan dari oven.
-          Letakkan coklat pada setiap bahagian tengah biskut.
[Peringatan : Coklat perlu diletakkan sepantas yang mungkin bagi mengelakkan biskut sejuk]
-          Sejukkan 1 minit.
-          Ubah biskut dari ‘cookie sheet’, sejukkan sepenuhnya di atas ‘wire rack’.
-          Simpan di dalam bekas kedap udara.
-          Siap!



Selamat Mencuba !!!




2 comments:

  1. wah.......sodap2...........ni klu balik umah tup2 ada dlm balang atas meja....
    lagi sedap....hehehehe;)

    ReplyDelete